Bilik kunjungan merupakan tempat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah meraikan tetamu-tetamu atau duta-duta asing yang membuat kunjungan hormat keatas beliau. Bilik Kunjungan ini boleh memuatkan tetamu  di antara 20 hingga 30 orang dalam satu-satu masa. Bilik ini telah mengalami beberapa kali perubahan untuk menambahkan serinya.

Para tetamu atau duta-duta asing yang ingin membuat kunjungan hormat keatas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah dikehendaki mematuhi dan menjaga tertib cara berpakaian.

Para tetamu lelaki dikehendaki memakai Lounge Suit Hitam dan bersongkok bagi yang beragama Islam. Bagi yang bukan beragama Islam mereka hanya memakai Lounge Suit Hitam tanpa songkok. Bagi kaum wanita pula mereka dikehendaki memakai Baju Kurung dengan selendang atau Kebaya Labuh Berselendang.